love

Monday, 16 February 2015

ALASAN KENAPA LELAKI SUKA PEREMPUAN RENDAH/PENDEK

Siapa kata perempuan rendah tak menarik? Sebenarnya ramai lelaki kat luar sana tu suka perempuan yang rendah ini, atau boleh dikatakan kecil dan comel. Ada banyak sebab lelaki suka perempuan yang rendah ini. Tapi di sini aku senaraikan 10 sebab utama lelaki suka perempuan yang rendah untuk dijadikan pasangan. Jadi perempuan dan gadis yang comel kat luar sana. berbanggalah dengan diri anda. Yeay!

1) Mereka Sangat Comel dan Seksi
Tak dinafikan perempuan rendah ini comel. Lagi-lagi kalau mereka marah dan dikacau. Dan mereka sangat comel bila berkelakuan seperti budak-budak. Tak nampak janggal dan pelik.

2) Mereka Kelihatan Muda Dari Umur Sebenar Mereka
Ramai akan fikir pasangan anda berumur 17 tahun, padahal dah 28 tahun. Mereka sentiasa muda. Kenal Mak Ros Kilauan Emas? Masih muda bukan? Haha. *Aku tak perli dia okeh.

3) Mereka Mudah Mendapatkan Pakaian
Sangat senang untuk dapatkan saiz baju atau seluar dan pakaian lain termasuk kasut sebab size mereka sentiasa ada. Silap-silap boleh shopping kat area pakaian kanak-kanak tau. *Yesss. Baju aku semuanya saiz XS, S. Kadang terpaksa berebut dengan budak yang sama saiz dengan aku. Nyampahhhh.

4) Mereka Akan Kekal Dengan Pasangannya
Bukti menunjukkan orang rendah setia pada cintanya. Setuju ? *Dengan rendah dirinya aku menerima cintamu sayang

5) Berjimat Duit Untuk Makanan
Bukan berjimat cermat ye, tapi memang terbukti orang yang kecil takkan makan banyak. Perut yang kecil cepat kenyang. Haha. Jadi jimat la kan?

6) Rasa Comel Bila Cium Gadis Rendah
Cium gadis rendah memang cute, lagi-lagi bila perempuan tu menjingkit kaki. Ops ini untuk suami isteri je ye. Yang belum berkahwin, sila dapatkan lesen dulu (kahwin). *Gambar ni pun duk menjingkit kaki nak suruh nampak awesome. Haha.

7) Mereka Selalu Jimat Masa (Juga)
Suami boleh kongsi cermin untuk dress up, tak perlu la nak tunggu turn kan ?

8) Mereka Boleh Pakai High Heels
Perempuan tinggi tak boleh pakai high heels? Bukan tak boleh, tapi nanti terlebih tinggi dari suami pulak kan? Perempuan rendah takde masalah, boleh pakai high heels dengan confident.

9) Mereka Senang Didukung (Amboi)
Mereka ni ringan, jadi suami suka la angkat dan dukung mereka. Kalau yang rendah kurus senang la kena dukung, kalau rendah besar tu kena seret kat laki kot. Seret masuk dalam bilik. Aku cuba bayangkan diri aku sendiri. Hahaha.

10) Mereka Sangat Awesome Untuk Dipeluk
Suami senang peluk, paras dagu je betul tak? Senang nak cium dahi.

**Extra : Bila Bergaduh Suami Mengalah
Mengalah macam mana? Bila aku ajak gaduh, dia cakap ‘tak sampai hati nak pukul awak, takut tulang awak patah’. Awesome bukan? Hahaha

                                                                                     

Thursday, 27 November 2014

UNTUK SUAMIKU...

SUAMI KU SAYANG
ENGKAULAH PUJAAN HATI KU
ENGKAULAH KEKASIH KU
ENGKAULAH SAHABAT KU
ENGKAU SENTIASA DIHATI KU
BEGITU JUA AKU DI HATI MU
SEMOGA AKU KAN SENTIASA DALAM INGATAN MU
TANPA MU TIADA SERI HIDUP INI
SUAMI KU SAYANG
SETIAP DETIK JANTUNG KU BERDENYUT
BERMAKNA AKAN SENTIASA KU INGATI MU
TIADA SIAPA DAPAT MENANDINGI MU SAYANG
BAGI KU KAU LAH JANTUNG HATI KU INI

SUAMI KU SAYANG
KU MENGHARAP BELAIAN MANJA DARI MU
SENYUMAN MU, TAWA MU, TANGIS MU
ADALAH DALAM DIARI HIDUP KU
AKAN AKU KENANG SELAMA-LAMANYA
BAGI KU ENGKAULAH SEGALA-GALANYA DALAM HIDUP KU



Thursday, 13 November 2014

UNTUK PARA LELAKI

``Jangan pernah sakiti Wanita..
Setegar dan sekuat apapun wanita,dia pasti menangis..

Entah dengan atau tanpa aliran air mata..
Dalam setetes air matanya ada jutaan kata penuh makna yang tak mampu terucap..

``Wanita adalah makhluk TUHAN penuh makna..

Berbuat baiklah untuknya,karena wanita diciptakan bukan untuk disakiti !!

``Wanita diciptakan bukanlah dari kepala untuk dijadikan pemimpin, wanita tidak diciptakan dari kaki untuk dijadikan sebagai alas.

Tapi, wanita diciptakan dari tulang rusuk untuk dijadikan pendamping, dekat dengan tangan untuk dilindungi dan dekat dengan hati untuk dicintai..

`` Bersikap lembutlah kepada kaum wanita,sebagaim ana engkau menghormati Ibu mu..



TIPS MENGATASI PUTUS CINTA

1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.


Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.

Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.




JENIS WANITA YANG JADI PERHATIAN

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dankelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

1 . SIKAP KEIBUAN
Banyak lelaki yg terpikat pd wanita yg bersikap keibuan,lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketikasedang stress,cemas, gelisah dan senang. ( Kalau muka kau garang macam singa ... laki kau pun takut nak balik rumah.. baik dia kawin dengan singa kat zoo.. apa bezanya kan)
2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakkan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki.Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati.Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan
kelakian lelaki,wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.( ala.. manja manja sikit lah.. ni tak . bila dia minta di manjai, korang kata depa buang tebiat)

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya.Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. (Ni masa laki kau sibuk nak pergi kerja masa tu lah kau sibuk nak carik gaduh.. tu yang elok elok takder ot, terus balik lambat)

4 . MENGHARGAI
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dgn wanita yg suka diperlakukan dgn lembut,lelaki suka dihargai ,dipuji dgn tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.( tak salah puji suami, ni tak kalau jumpa kengkawan, asyik mengadu perihal suami yang begini lah begitula, dah lah tu lagi puji puji suami org lain.. tu yang suami kau pergi puji pompuan lain)

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik,bersih, kemas dan menarik.Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.(kan aku dah kata, tak percaya ke)

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual.Walau walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif,tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik,serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.(Ni tak.. bila laki kau cerita pasal bola, kau bising bising lagi ugut tidur luar bilik bila tiba musim bola, tak sporting langsung.. tu yang ngadu kat bibik tu)

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih dimata lelaki.Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda.Apabila berhadapan dgn suasan yg baru,wanita tersebut tidak gentar,malah cepat menyesuaikan diri.Dia mudah diajak kemana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.(ni nak ajak balik rumah mak mertua, ada je alasan ko..kucing nak beranak pon boleh dijadikan alasan.. hihi.. tu aku ke?)

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang
wanita,bersikap sopan dan mempunyai etika.Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.( Ko dah jadi bini orang .. pandai pandailah... ni tak... kat office pon nak gedik... bagilah chance kat yg bujang macam aku ni.. hik hik)

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati,mengambil berat,simpati pada nasib yg
susah.Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu.Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yng mulia.Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.



SEGALANYA HAL TENTANG WANITA

1. Perempuan adalah mahluk yang tak dapat didefinisikan

2. Perempuan seperti lautan, dia tunduk kepada siapa saja yang kuat berenang mengarunginya, tetapi dia ganas terhadap siapa yang lemah dan takut kepadanya

3. Perempuan mampu memendam cinta selama 40 tahun, tetapi tidak mampu menutup air muka dari kebencian meskipun sehari, sedangkan lelaki mampu memendam benci selama 40 tahun, tetapi tidak mampu memendam cintanya walau sehari

4. Kecantikan seorang perempuan terletak pada sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya dan kegagahan seorang lelaki terletak pada sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) emosinya.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum Perempuan.

6. Jangan menyalahkan perasaan istri Anda karena perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima Anda sebagai suaminya.

7. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami dan apabila ia sudah memperolehnya, ia menginginkan segala-galanya.

8. Perempuan bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak akan bisa melupakannya begitu saja.

9. Kecantikan Perempuan tidak berarti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

10. Perempuan adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki akan bermalam dalam kegelapan.

11. Perempuan lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

12. Perempuan tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

13. Pudarlah kebahagiaan seorang Perempuan jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

14. Perempuan sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci dan tidak mengenal pertengahannya.

15. Perempuan selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia menikah.

16. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh istri yang mulia.

17. Perempuan hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

18. Kebijaksanaan Perempuan terletak di dalam hatinya.

19. Seorang Perempuan yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

20. Sesungguhnya tidak ada Perempuan yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan Perempuan.

21. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi Perempuan adalah lidahnya.

22. Perempuan tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

23. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkawinan, perempuan berbicara dan lelakinya mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan istri banyak berbicara dan para tetangga mendengarkan, hahahaa..

24. Setiap Perempuan mempunyai dua mata. Adapun Perempuan yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

25. Perempuan pada umumnya takut akan tiga hal : tikus atau kecoa, munculnya uban dan Perempuan-Perempuan cantik yang menjadi saingannya.

26. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

27. Seorang Perempuan menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

28. Perempuan mampu mengingat secara detail kenangan yang dialaminya dibandingkan dengan lelaki.

29. Perempuan memilik kapasitas memori yang unik dalam mengingat peristiwa yang dialami dibandingkan dengan lelaki.

30. Dan Perempuan adalah salah satu ciptaan mahluk Tuhan yang agung karena perempuan melahirkan sebuah sebutan panggilan "Ibu"

Apapun yang tersampaikan yang pasti menurut saya, Perempuan ada untuk melengkapi yang tak ada pada lelaki mulai dari perasaan, emosional, lemahlembut, pengertian, keluwesan, keindahan, kecantikan, rahim untuk melahirkan dan semua hal-hal yang kadang dianggap sepele oleh kaum lelaki

Karena perempuan diciptakan dari tulang rusuk lelaki, karena perempuan adalah bagian dari lelaki, apa yang menjadi bagian dari hidupnya, akan menjadi bagian dari hidup lelaki. karena engkau dan dia adalah satu, dia adalah dirimu yang tak ada sebelumnya.